Thursday, October 23, 2008

lelaki budiman...

Semenjak kenaikan harga minyak,Azman tidak menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki kereta,malah dia dan anaknya menaiki bas. Pada suatu hari, selepas mengambil anaknya daripada sekolah seperti biasa, mereka berdua nenaiki bas untuk pulang ke rumah yang terletak kira-kira 8km daripada sekolah. Sampai sahaja rumah, si anak terus mendapatkan ibunya.

Anak : Ibu, semasa di dalam bas tadi, ayah suruh saya beri tempat duduk saya kepada seorang
wanita.

Ibu : Baguslah, itu yang sepatutnya dibuat oleh seorang lelaki budiman.. bagus anak ibu.

Anak : tapi, masa tu, saya tengah duduk atas riba ayah. Boleh ke?

Ibu : Abang!!!!!!