Sunday, November 9, 2008

Terselit

Seorang suami pulang dari kerja dengan mata lebam kiri dan kanan. Sebaik mencium tangan suami, isterinya terus bertanya;

Isteri : Kenapa mata awak lebam?

Suami : Masa dalam bas tadi, seorang wanita muda berdiri depan saya. Tetapi saya kasihankan dia tengok skirt pendeknya terselit celah punggung dia. Jadi saya pun tolong betulkan. Terus dia tumbuk mata kiri saya.

Isteri : Yang kanan pula, kenapa?

Suami : Habis tu, dia dah marah, saya selitkanlah semula skirt dia.

Isteri : Dusyum!! Nah, rasakan penumbuk saya pula. Gatal!

Suami : Adoi!!!!

Thursday, October 23, 2008

lelaki budiman...

Semenjak kenaikan harga minyak,Azman tidak menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki kereta,malah dia dan anaknya menaiki bas. Pada suatu hari, selepas mengambil anaknya daripada sekolah seperti biasa, mereka berdua nenaiki bas untuk pulang ke rumah yang terletak kira-kira 8km daripada sekolah. Sampai sahaja rumah, si anak terus mendapatkan ibunya.

Anak : Ibu, semasa di dalam bas tadi, ayah suruh saya beri tempat duduk saya kepada seorang
wanita.

Ibu : Baguslah, itu yang sepatutnya dibuat oleh seorang lelaki budiman.. bagus anak ibu.

Anak : tapi, masa tu, saya tengah duduk atas riba ayah. Boleh ke?

Ibu : Abang!!!!!!

Monday, September 15, 2008

SALAH FAHAM KE, SALAH DENGAR????(LAWAK)

suatu ketika dahulu,seorang Asli dtg menemui Tok Penghulu untuk mengadukan tentang kematian anaknya...

orang asli: selamat pagi,Tok
penghulu: selamat pagi.Apahalnya awak ke mari? Isteri awak mengidam lagi ke?
orang asli: Tidak, Tok. Saya tidak kenal orang bernama Adam dalam kampung ni.
penghulu: Bukan itu yang hendak saya tanya. Awak tak faham sudahlah!
orang asli: Apa yang dipam Tok?
penghulu: Tak ada apa-apa. Apa halnya awak kemari?
orang asli: Anak saya diterkam harimau, Tok.
penghulu: Hah, pukul berapa?
orang asli: Tak ada pukul-pukul Tok, terus terkam.
penghulu: Oh! sungguh malang nasib anak awak.
orang asli: bukan malam Tok, siang.
penghulu: Habis tu?
orang asli: tak habis Tok, tinggal tulang.
penghulu: ?????

Pengajaran: Jangan korek telinga guna garpu.Kan dah pekak!!! huhuhuhu.....

gambar kelas....2008

inila gambar kelas saye..gambar saye yang tengah buat "peace"tu.kelas ni memang best sebab kelas ni kelas akaun..jadi, saye ngan member2 saye berlagak cam akauntan lah..tapi yang tak syok nyer...dalam 29 orang,ada 23 orang budak cina.diorang ni kalau cakap saye satu patah pun x faham....terpaksalah buat buat faham.....

dalam riuh riuh pun, tahun ni kitorang ambik peperiksaan SPM..penting tu!!! kalau failed...peh!! memang tak leh cakap apelah sebab SPM ni penentu masa depan.....

Thursday, September 11, 2008

first try....

sebenarnya, saye x reti sangat camner nak gune blog ni....lagipun ni percubaan pertama saye..
komen ler....